Jumaat, 7 Oktober 2022 – Pada 1-2 Oktober 2022 yang lalu bermula pukul 10 pagi sehingga 10 malam, pihak HQ WasaPower telah mengadakan Pesta Buku buat pertama kalinya bersempena sambutan hari ulang tahun yang ke 4 tahun. Pelbagai aktiviti yang telah berlangsung antaranya, booth gerai jualan, badut belon, aktiviti mewarna kanak-kanak, jualan buku dengan harga diskaun sehingga 14% dan pelbagai lagi. Pesta ini juga telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan.



