Terms & Conditions



BAHAWASANYA :-

1. Syarikat telah bersetuju untuk memberi dan anda telah bersetuju untuk menerima pelantikan sebagai Agent untuk menjual, mempromosi dan/atau memasarkan buku-buku terbitan Syarikat berdasarkan terma-terma dan syarat yang dinyatakan di dalam Perjanjian ini.

MAKA DENGAN INI DIPERSETUJUI oleh pihak-pihak dalam Perjanjian ini, seperti berikut:


TERMA DAN SYARAT PELANTIKAN SEBAGAI AGENT


2. Agent dikehendaki membuat pendaftaran dengan Syarikat dan membuat bayaran yuran keahlian sebanyak RM10.00 pada borang pendaftaran. Tempahan hanya boleh dilakukan setelah pendaftaran disahkan di email untuk mengakses Sistem Wasa4U.

3. Agent dikehendaki aktif merekrut team dari semasa ke semasa bertujuan mempromosikan buku-buku terbitan menggunakan apa-apa medium pemasaran yang bersesuaian.

5. Agent hendaklah membantu dan membimbing team dari semasa ke semasa untuk membuat jualan buku-buku terbitan menggunakan apa-apa medium pemasaran yang bersesuaian.

6. Agent hendaklah mencapai jualan minimum RM200 setiap bulan. Jika tidak,
Agent akan dibekukan daripada melakukan sebarang pembelian produk Syarikat
dan semua keistimewaan yang dinikmati oleh seorang Agent terbatas melalui perjanjian ini setelah 3 bulan tempoh percubaan diberikan.

7. Harga buku-buku terbitan yang ditetapkan untuk agent membuat jualan kepada pelanggan hendaklah selaras dengan harga yang telah ditetapkan oleh Syarikat.

8. Agent dilarang keras menjual buku-buku terbitan kepada team/ pelanggan di bawah paras harga yang telah ditetapkan oleh Syarikat. Jika Syarikat mendapati Agent menjual buku-buku terbitan kepada team/ pelanggan di bawah harga
pasaran yang telah ditetapkan, secara automatik Agent dikeluarkan daripada Team Wasa, disenarai hitamkan dan tidak akan diterima kembali seumur hidup setelah peringatan 3 kali berturut-turut diberikan.

9. Adalah menjadi tanggungjawab Agent untuk sentiasa memastikan dan mengingatkan team bawahan akan kesan dan akibat mengubah kawalan harga yang telah ditetapkan atau menjual buku-buku terbitan kepada team/ pelanggan di bawah paras harga pasaran. Jika melalui siasatan pihak Syarikat, sekiranya didapati Agent dan team main harga atau menjual buku-buku terbitan kepada team/ pelanggan di bawah harga pasaran dan Agent turut bersama-sama bersubahat dalam melakukan kesalahan tersebut, sama ada melalui pakatan secara langsung atau tidak langsung, atau Agent sendiri gagal memastikan dan mengingatkan team mengenai isu mengubah kawalan harga buku-buku terbitan sewenangnya, maka Agent akan menerima hukuman yang sama seperti yang dinyatakan di perenggan 8 di atas dan team/ agent akan disenarai hitamkan seumur hidup dari menyertai WasaEdu. Akan tetapi, sekiranya selepas siasatan dilakukan, Agent didapati tidak bersalah, maka hanya team tersebut yang akan disenarai hitamkan seumur hidup dari menyertai WasaEdu.

10. Agent dilarang sama sekali berpakat dengan team/ agent berdaftar Wasaedu yang lain bertujuan untuk mengumpul pesanan untuk melengkapkan syarat wajib restock dengan jumlah RM200 setiap bulan.

11. Agent dikehendaki mendaftarkan Team di Sistem Wasa4U. Seterusnya team berikut diwajibkan membuat bayaran RM10 ketika pertama kali mengakses sistem. Bayaran ini adalah sebagai cas penggunaan sistem dan dikenakan sekali seumur hidup.

12. Sebarang bentuk promosi menggunakan apa-apa medium hendaklah dinyatakan, dicadangkan kepada pihak Syarikat dan terlebih dahulu mendapat kelulusan oleh pihak Syarikat.

13. Penggunaan sistem ini adalah terhad hanya kepada ejen yang telah dilantik secara sah oleh pihak HQ WasaPower.

14. Sistem ini adalah hak milik dan dikawal selia sepenuhnya oleh WasaPower Group Sdn Bhd.

15. Penggunaan sistem ini tidak terpakai bagi penggunaan produk luaran yang tidak dikeluarkan oleh pihak HQ.

16. Sistem ini adalah digunakan sebagai pemudah cara untuk team wasa membuat pembelian dan pengurusan produk kepada pihak HQ dengan lebih sistematik, cepat dan lebih efisyen.

17. Ejen yang berdaftar di bawah pihak HQ adalah diwajibkan menggunakan sistem ini sepenuhnya.

18. Sebarang penambahbaikkan atau permasalahan boleh menghubungi bahagian support di +603-87061880 atau boleh mengemukakan email di support@wasapower.com.my.


KEISTIMEWAAN AGENT


15. Melalui pelantikan ini, Agent layak menikmati keistimewaan seperti yang
berikut :

a. Agent akan menikmati harga yang ditawarkan kepada Agent bagi setiap level untuk buku-buku terbitan di Sistem Wasa4U;

b. Syarikat akan bantu Agent untuk menguruskan penghantaran bagi pesanan yang dibuat oleh Agent kepada team seliaan agent & pelanggan;

c. Syarikat akan bantu Agent dari segi strategi dan teknik kembangkan team dari semasa ke semasa;

d. Agent akan menerima direct coaching/ akses dengan Penerbit buku-buku terbitan WasaPower dan Pengurus Jualan Syarikat;

e. Agent akan menerima bonus sehingga 33% setiap bulan berdasarkan rank yang berjaya dicapai setiap bulan;

f. Setiap pendaftaran team yang di daftarkan, setiap agent akan menerima komisyen rekrut sehingga 50% daripada yuran pendaftaran.


PENAMATAN PERJANJIAN SERTA MERTA ATAS SEBAB PELANGGARAN TERMA
DAN SYARAT PERJANJIAN



16. Sekiranya Agent telah melanggar mana-mana terma dan syarat di dalam Perjanjian ini, Syarikat berhak menamatkan Perjanjian ini tanpa sebarang notis dan pemberitahuan awal dan Agent tersebut adalah terhenti daripada menjadi Agent kepada Syarikat serta-merta. Segala bentuk pembayaran dan tuntutan adalah dianggap terbatal serta merta.

17. Pihak Syarikat juga berhak untuk mengambil tindakan undang-undang dan/ atau menuntut ganti rugi daripada Agent tersebut sekiranya perlu.


PENAMATAN PERJANJIAN DENGAN NOTIS BERTULIS


18. Agent boleh pada bila-bila masa membatalkan, menamatkan Perjanjian ini dan/ atau berhenti daripada menjadi Agent dengan memberi Notis bertulis kepada Syarikat dalam tempoh tiga puluh (30) hari. Selepas tempoh 30 hari Notis tersebut diserahkan kepada pihak Syarikat, barulah penamatan perjanjian tersebut akan berkuatkuasa.

19. Selepas membatalkan, menamatkan dan/ atau berhenti dari menjadi Agent melalui Notis bertulis, Agent hendaklah berhenti dari menjual dan/ atau mempromosi buku-buku terbitan dari tarikh penamatan perjanjian tersebut berkuatkuasa. Segala stok yang berada di tangan Agent pada tarikh penamatan perjanjian hendaklah dipulangkan semula kepada Syarikat dalam tempoh 7 hari dari tarikh penamatan perjanjian tersebut. Kos pemulangan stok tersebut hendaklah ditanggung oleh Agent sendiri.

20. Sekiranya stok buku-buku terbitan yang dipulangkan oleh Agent diterima dalam keadaan yang baik, Syarikat akan memulangkan semula modal yang telah dikeluarkan oleh Agent tersebut mengikut bilangan buku yang diterima dalam keadaan baik. Pemulangan semula modal tersebut akan dibuat pada minggu kedua setiap bulan dari tarikh Syarikat menerima stok tersebut.


PINDAAN


21. Apa-apa pindaan atau perubahan pada perjanjian ini hendaklah dibuat secara bertulis dan disahkan oleh kedua-dua belah pihak.

22. Perjanjian ini boleh diperbaharui oleh Agent dan pihak Syarikat mengikut persetujuan dan budi bicara kedua-dua belah pihak. "Syarikat" adalah mewakili kepada WasaPower Group Sdn Bhd (1401053-D).